Let's change!

Change is not pleasant, but change is constant. Only when we change and grow, We'll see a world we never know

Being Happy

Happiness is a butterfly, which, when pursued, is always just beyond your grasp, but which, if you sit down quietly, may alight upon you.

Dakwah

"Sungguh, dakwah ini adalah mata rantai. Dan kita mahu menjadi sebahagian daripada mata rantai itu biar sedikit cuma peranan kita"

Berbeda

Biarpun kita banyak perbezaan sekalipun bagai langit dan bumi, tidak mengapa. Bukankah langit dan bumi itu saling lengkap-melengkapi.

Muhasabah

Berjanjilah, bahawa walau sekuat mana kita diduga, tak akan sekali-kali kita akan mendongak untuk bertanya- DIA “kenapa”

Monday, August 15, 2011

RASULULLAH DAN PENGEMIS BUTA



Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,

Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahawa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.

Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan ma

kanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA. Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu.



Gambar sekadar hiasan


Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik, Siapakah kamu?


Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).

Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.

Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi Muslim...

~~والله أعلم بالصواب ~~

Thursday, August 11, 2011

LAI LAI MURAH!! MURAH!!




PIN SHAWL

Code : Pink

Normal : RM 6

SALE : RM 5/each






Code : Red

Normal : RM 6

SALE : RM 5/each







Code: From left :

Purple

Orange

Pink

Yellow

Pic

Blue

Normal : RM 6

SALE : RM 5/each



Wednesday, August 10, 2011

TEKNIK DOUBLE BOILER



Salam rakan-rakan..hari ni saya nak berkongsi sikit tentang teknik Double Boiler atau lebih dikenali dengan nama Bain Marie. Teknik ni dah memang popular dan meluas digunakan dalam bidang masakan specially untuk mencairkan coklat, buat jem dll. Biasenye utk teknik ni kite akan gunekan 2 biji periuk then letak atas dapur..mcm lam gmbo kat bwah ni..





Tapi hari ni saya nk share skit tips yg lebih senang utk gune kaedah double boiler ni..

tuan puan kakak2adik2 manis ley gunekan rice cooker sbgai alternatif kpd periuk.Contoh spt kt bawah ni..






Cara nk cair coklat gune rice cooker...


1) Masukkan air dalam rice cooker anggaran sparuh or kurang skit pun xpe..


2) Letak bekas/ mangkuk kat atas rice cooker spt dlm gmbo..

Tips: lau xde mangkuk besar mcm ni ley gune dulang or pe2 je la yg berasaskn

aluminium,steel..then pastikan tiade udare atau wap yg kluar dr rice cooker..

lau ade sile tutup keliling rice cooker ngn kain..


3) Masukkan coklat yang da dipotong lam mangkuk


4) Bile air da nek buih2 kecik tu tutup suis..

Note: Air xbley mengelegak..nanti coklat akan mengeras


Moga2 info di atas dapt membantu ^_^



Tuesday, August 9, 2011

SALAM RAMADHAN


Salam Ramadhan buat rakan-rakan sekalian..
Semoga ramadhan kali ni mmberi seribu satu nikmat dan keinsafan kpd kita..
Di bulan yang mulia ni same2 la kite perbanyakkan amal jariah dan bersedekah..moga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa..


The Prophet Muhammad (peace be upon him) said:
"Save yourself from hellfire by giving even half a date-fruit in charity."
[Bukhari Volume 2, Hadith 498]




p/s: juz a quick update frm me..need to gve full touch up for this blog..insyaALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...